Tayangan Filem Padmaavat Masih Dinantikan Oleh Peminat Malaysia

Meskipun telah ditayangkan di seluruh dunia pada 25 Januari lalu, filem Bollywood paling sensasi iaitu, ‘Padmaavat’ masih belum ditayangkan di Malaysia kerana menurut khabar angin, penayangan filem itu telah disekat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Ia adalah disebabkan oleh jalan cerita filem arahan pengarah terkenal Bollywood, Sanjaya Leela Bhansali itu dikatakan telah menyentuh sensitiviti agama di Malaysia. Dimana filem lakonan Ranveer Singh dan Deepika Padukone itu mengisahkan mengenai Sultan Islam bercinta dengan Puteri beragama Hindu.

Malah, atas sebab itu juga, filem ‘Padmaavat’ turut telah menerima bantahan terbesar di India sehinggakan tayangannya terpaksa dipinda dan beberapa adegen perlu dipotong.

Namun, itu semua tidak melemahkan filem itu, kerana meskipun dihimpit pelbagai kontroversi, filem itu tetap berjaya menduduki carta box office di India dan beberapa negara lain, serta dihujani dengan pelbagai kata-kata pujian daripada peminat serta bintang-bintang Bollywood yang lain.

Jika benar penayangan filem itu akan diharamkan di sini, itu menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang telah mengharamkan tayangan filem ‘Padmaavat’ dan itu akan menambahkan lagi rasa kecewa peminat filem Bollywood yang masih berharap filem itu mendapat kebenaran untuk ditayangkan.

Atau, mereka perlu pergi ke luar negara seperti Singapura jika ingin menonton filem itu seperti peminat-peminat tegar yang lain. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *