Tentera Israel serang 12 tentera Syria

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel dilaporkan menyerang 12 sasaran tentera Syria dan Iran di sempadan Syria yang disifatkan sebagai tindakan balas besar-besaran selepas saling melancarkan tembakan awal pagi semalam.

“Beberapa minit lalu, pesawat Israel menyasarkan Sistem Pertahanan Udara Syria dan beberapa sasaran kawasan tentera pertahanan Iran di Syria.

“Sebanyak 12 lokasi termasuk tiga kawasan pertahanan udara dan empat lokasi Iran menjadi sebahagian daripada sasaran serangan,” kata rejim Zionis itu dalam satu kenyataan.

Beberapa peluru berpandu antipesawat turut dibedil ke arah Israel sekali gus mencetuskan serangan balas apabila turut kedengaran sehingga ke bahagian utara Israel.

Serangan balas itu berlaku apabila sebuah jet pejuang, F16 Israel terhempas akibat dibedil pasukan tentera udara Syria semasa pesawat berkenaan me­lancarkan serangan ke atas beberapa kawasan sasaran Iran.

Bagaimanapun, juruterbang pesawat F16 itu dilaporkan terselamat, manakala salah seorang anak kapal cedera parah.

Pesawat tersebut bertindak selepas sebuah dron Iran didakwa masuk ke ruang udara Israel dari sempadan Syria.

Konfrantasi antara Israel dan Iran semakin buruk selepas perang saudara meletus di Sy­ria pada tahun 2011. – AFP

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *