The Hyundai Pavilion bangunan ‘paling hitam’ di dunia mampu serap 99 peratus cahaya

PYEONGCHANG – KOREA SELATAN. Sebuah bangunan ‘paling hitam’ di dunia didedahkan di lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, Korea Selatan.

The Hyundai Pavilion adalah hasil rekaan arkitek Britain, Asif Khan dan ia mampu menyerap 99 peratus cahaya.

Penyerapan tersebut hanya mampu dicapai dengan penggunaan bahan salut ‘super-black’ iaitu Vantablack VBx2.

Menurut CNN, Hyundai Pavilion adalah sebuah bangunan empat segi dengan dinding melengkung dengan setiap satunya dilengkapi mentol yang memberikan gambaran ‘bintang di langit malam’.

“(Melihat ke arah bangunan tersebut) bagaikan anda sedang melihat angkasa lepas,” kata Khan.

Vantablack VBx2 pula adalah bahan halus (nanomaterial) ciptaan saintis dan merupakan rekaan manusia yang ‘paling hitam’ di dunia.

Vantablack didakwa terlalu hitam hingga menyebabkan mata manusia tidak mampu menafsir apa yang sedang dilihat pemiliknya.

Ini disebabkan Vantablack bukanlah sesuatu yang berwarna hitam, tetapi ia adalah bahan yang menyerap sebarang warna akibat kegagalan cahaya memantul dari bahan tersebut.

Vantablack dihasilkan oleh agensi Britain, Surrey NanoSystems tiga tahun lalu dan sehingga kini menjadi tumpuan pereka, arkitek dan jurutera penerbangan angkasa lepas.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *