Tiada lagi bantuan untuk umat Islam tunaikan ibadah Haji jika Mahathir jadi PM

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada 1,200 penerima yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Majlis penyerahan surat tawaran program haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu berlangsung di Masjid Putra, baru-baru ini. Pelaksanaan program itu telah memasuki tahun kelapan.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin terasa bahangnya dan dijadualkan lebih awal iaitu sebelum hari raya Haji, namun ada kemungkinan surat tawaran haji tersebut akan “dimansuhkan” dan menjadi “tidak bernilai” jika Pakatan Harapan yang dikuasai DAP berjaya memenangi PRU-14 akan datang.

Mungkin tiada lagi bantuan untuk umat Islam menunaikan ibadah Haji sekiranya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ini kerana Mahathir telah “memfatwakan” bahawa Haji 1MDB adalah haram.

Bekas perdana menteri keempat itu sering mempertikaikan jemaah haji tajaan 1MDB. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu sebelum ini pernah mendakwa duit yang diguna jemaah Haji 1MDB adalah duit curi. ‘Tod Dog’ Pakatan itu kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk mengerjakan ibadah haji.

Mahathir juga pernah mendakwa jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB sebagai haji tidak mabrur sehinggakan mufti-mufti pun tegur Pengerusi Pakatan Harapan itu selepas itu. Namun Mahathir tidak menghiraukan teguran itu, sebaliknya beliau lebih giat membangkitkan isu tersebut.

Mahathir baru-baru ini bertanyakan soalan yang berbunyi, “Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadah haji?

“Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji?

“Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam. Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?”.

Tujuan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya mahu menyindir jemaah haji dibawah tajaan 1MDB. Ini dapat dilihat Pengerusi Pakatan Harapan itu sanggup mempermainkan agama demi kepentingan politik beliau.

Kenyataan biadap dan keterlaluan yang keluar dari bekas perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu dikecam dan diselar pelbagai pihak termasuk daripada mufti-mufti.

“Kita tidak boleh komen kerana itu terletak pada keadilan Allah SWT. Mabrurnya ibadah seseorang itu adalah dalam pertimbangan Allah. Macam mana Dr. Mahathir boleh keluarkan hukum begitu.

“Apatah lagi usaha kerajaan untuk membawa orang yang tidak berkemampuan menunaikan haji adalah satu kebajikan dan tugas untuk bantu rakyat. Sama ada dana 1MDB diragukan atau tidak, tidak berbangkit untuk tentukan mabrur atau tidak,” kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Mahathir hanya cuba berlagak bagaikan malaikat dan menunjukkan beliau sahaja suci apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram.

Sedangkan sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *