Tiga maut, helikopter bawa pelancong di Arizona terhempas

Washington: Sekurang-kurangnya tiga maut, manakala empat mangsa cedera apabila helikopter membawa pelancong di Arizona terhempas di Grand Canyon, hari ini.

AFP melaporkan, Ketua Polis Hualapai Nation, Francis Bradley, berkata kemalangan berlaku sekitar 5.20 petang waktu tempatan di Grand Canyon Barat yang terletak di barat laut Arizona.

Media tempatan melaporkan nahas itu membabitkan helikopter Eurocopter EC130 dengan syarikat pengendalinya tidak diketahui dan ia dalam penerbangan membawa pelancong.

“Siasatan dijalankan,” kata Bradley sambil mengesahkan tiada maklumat mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.

Menurut Daily Mail, helikopter itu terhempas ke dalam jurang sedalam kira-kira 200 meter sebelum terbakar.

Dua wanita berusia antara 30-an hingga 40-an antara yang terselamat dalam kejadian itu.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *