Tokong dakwa Kobis dan Ikan Kembung mahal disebabkan GST

Isu cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sering dipolitikkan oleh pakatan pembangkang dalam usaha menghasut rakyat kononnya sistem percukaian yang telah terbukti membantu meningkatkan ekonomi Malaysia ini membebankan.

Sedangkan langkah melaksanakan GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015 sudah dijelaskan, namun pembangkang yang  tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan yang di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi tidak membawa sebarang makna sekiranya golongan miskin negara ini terus berdepan tekanan berikutan peningkatan kos sara hidup.

“Rahman Dahlan bercakap mengenai angka mikro, ia tidak penting, apa yang penting adalah harga makanan yang harus dimakan setiap hari untuk terus hidup telah meningkat secara mendadak,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menafikan dakwaan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Mydin yang mengatakan rakyat tidak mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh.

Ameer Mydin berkata begitu ketika mengulas mengenai kerugian yang dialami sebanyak RM100 juta berhubung kegagalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 1.0).

Bagaimanapun, Abdul Rahman dilapor berkata, jualan runcit hypermarker tersebut hanya mencatatkan lapan peratus daripada keseluruhan jualan runcit di negara ini dan jumlah itu tidak boleh dijadikan sebagai menggambarkan ekonomi dan menyifatkan rakyat tidak ada duit untuk berbelanja.

““Prestasi ekonomi dan keadaan negara serta rakyat tidak boleh diukur dengan menggunakan satu sub-sektor seperti industri hypermarket sahaja,” kata Abdul Rahman.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa kononnya sayur kobis dan ikan kembung hitam menjadi mahal disebabkan GST.

“Ini adalah makanan yang sering dibeli orang golongan miskin dan harganya naik begitu mendadak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa kerajaan BN tidak peka dengan kesusahan rakyat miskin di negara ini.

“Itu sebabnya kami (pembangkang) kata GST beri impak yang besar kepada perbelanjaan rakyat biasa.

“Jika kita mahu kualiti hidup rakyat biasa ditingkatkan, GST perlu dihapuskan,” katanya.

Kata Setiausaha Agung DAP itu, kerajaan perlu mendalami mengenai realiti sebenar rakyat terbawah.

Sepatutnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang perlu mendalami mengenai realiti sebenar rakyat Pulau Pinang yang kini dilihat begitu terseksa akibat diasak dengan kenaikan pelbagai cukai yang dikenakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *