Tokong semakin lupa kepada Mat Sabu selepas berkawan dengan Mahathir

Walaupun parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) yang diterajui Mohamad Sabu selama ini cuba menegaskan parti itu merupakan sebuah parti Islam dan menafikan menjadi alat serta dipergunakan oleh mana-mana parti politik di negara ini, tetapi ia jelas menunjukkan parti serpihan PAS itu sememangnya parti boneka DAP.

Kewujudan parti serpihan PAS ini hanyalah semata-mata kerana disebabkan dendam terhadap bekas parti yang mereka sertai sebelum ini iaitu PAS. Sedangkan hakikatnya, PAN sebenarnya sama sekali tidak mempunyai hala tuju yang khusus melainkan untuk menjadi boneka kepada parti Roket yang terajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng secara terhormat.

Sebelum ini pun hangat diperkatakan apabila timbul kecurigaan dikalangan penyokong-penyokong Pakatan Harapan dan mula mempersoalkan serta mempertikaikan, apakah peranan yang dimainkan oleh parti serpihan PAS itu.

Namun bagaimanapun, jika dilihat PAN kini yang dulu disanjung DAP kononnya parti serpihan PAS ini adalah pembawa Islam yang betul dan sederhana. Tetapi hari ini parti Roket dilihat sudah ada orang baru yang dahulunya menjadi musuh ketat, namun kini sudah menjadi ‘sahabat’ yang boleh duduk semeja dan berpeluk.

Siapa lagi kalau bukan bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Kini Presiden PAN, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu semakin dilupai DAP selepas kemunculan Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Mat Sabu dilihat sudah tidak berharga dan dipedulikan. Bodeklah walau macam mana sekali pun, DAP sudah tidak peduli. Sebelum ini Mat Sabu lah dijulang sebagai ‘hero’, namun tidak lagi selepas kemunculan Mahathir yang kini diangkat sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pun dilihat lebih tertarik dengan Mahathir yang padanya lebih berguna daripada Mat Sabu. Lagi pun Parti Mat Sabu sendiri adalah ehsan parti Roket itu. Ini kerana parti Roket itu mahu mengelirukan orang Melayu dan Islam dengan membantu menubuhkan parti serpihan PAS itu menggunakan bonekanya iaitu Mat Sabu.

Parti Roket itu juga mahu penyokong-penyokong PAS yang tidak suka dan menolak UMNO bersama parti serpihan PAS itu, sekali gus boleh memusnahkan PAS dari dalam. Bagi parti Roket itu, selagi UMNO masih berkuasa, PAS akan terus wujud.

Semua ini berlaku kerana ketaksuban DAP kepada kuasa. Bagi DAP, Mat Sabu, Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah orang suruhannya sahaja. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *