Tom Cruise Lakonkan Sendiri Babak Stunt Dalam ‘Mission Impossible: Fallout’

Berita gembira buat peminat setia yang telah mengikuti filem ‘Mission Impossible’ sejak dari yang pertama lagi kerana filem mengenai watak Ethan Hunt yang dilakonkan oleh Tom Cruise sejak tahun 1996 itu bakal kembali dalam misi yang terbaru.

Dalam filem ‘Mission Impossible 6’ atau tajuk rasminya, ‘Mission: Impossible-Fallout’, watak Cruise akan dibantu oleh Henry Cavill untuk melaksanakan misinya dan ternyata ternyata tiada apa yang dapat menghalang Ethan Hunt daripada terus menyelamatkan dunia.

Namun, berdasarkan trailer yang dikeluarkan semalam, Cruise telah melakonkan sendiri sebahagian babak stunt atau aksi dalam filem ini.

Antara aksi yang dilakukan sendiri oleh Cruise adalah memanjat lereng gunung, meluncur laju menaiki motosikal di Paris, dan melepaskan tali yang diikat pada helikopter yang sedang terbang sebelum melompat ke atas sebuah bangunan.

Malah, disebabkan aksi-aksi seperti itu juga, Cruise dilaporkan telah mengalami beberapa kecederaan sehinggakan penggambaran terpaksa ditunda bagi memastikan pelakon itu pulih seperti sedia kala.

Pasti itu sudah cukup untuk membuatkan peminat Cruise dan juga Mission Impossible berasa teruja dan tidak sabar untuk menonton filem itu dipawangam pada 27 Julai ini. Sebelum itu, saksikan dahulu trailer rasmi ‘Mission: Impossible-Fallout’ itu dahulu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *