Tuduh Kerajaan Pusat sabotaj projek DAP: Zainal bidas Kerajaan DAP P.Pinang

PULAU PINANG – Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mendakwa Kerajaan Pusat cuba mensabotaj projek mereka ditempelak oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Sudah menjadi kebiasaan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng sering melemparkan tuduhan tidak benar terhadap kerajaan yang di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi mengalih perhatian orang ramai berhubung pelbagai isu kontroversi yang membelenggu kerajaan DAP ketika ini.

Tindakan parti Roket itu hanya sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang yang kononnya mereka merupakan pihak yang benar.

Menurut Zainal Abidin yang juga Pengerusi UMNO Pulau Pinang, pihaknya tidak ada masa mahu melakukan demikian kerana sibuk melaksanakan beberapa projek untuk kemudahan rakyat negeri Pulau Mutiara itu pada masa depan.

Katanya, jika benar Kerajaan Pusat sabotaj, kita tidak akan teruskan projek jambatan kedua Pulau Pinang sebelum ini.

“Kalau betul kita (Kerajaan Pusat) sabotaj, maka, kita tidak akan meneruskan projek jambatan kedua dengan kos mencecah RM4.5 bilion sebelum ini.

“Namun, kita teruskan juga projek itu hingga siap seperti yang dijadualkan.

“Pada masa yang sama, kita juga bina tiga lagi jalan penyuraian dengan kos keseluruhan RM1.1 bilion. Jadi, bila masa kita sabotaj projek mereka?

“Inilah bezanya antara kerajaan cekap (BN) dengan kerajaan tidak cekap.

“Kerajaan cekap, dia umum, dia jalan (projek) dan dia buat ikut jadual, tapi, kerajaan tak cekap ini pula sebaliknya,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *