UMMAH mahu hak golongan mualaf dilindungi oleh Mahkamah Syariah

Isu berkaitan penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf Muhammad Ridhuan Abdullah, selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak mereka kepada Islam telah mendapat perhatian banyak pihak.

Isu ini juga telah mendapat perhatian Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang berharap hak golongan mualaf dilindungi oleh Mahkamah Syariah.

Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahaya menjelaskan, pihaknya digesa untuk menyemak semula pengurusan pentadbiran agama negeri-negeri supaya melindungi hak golongan mualaf.

Beliau berkata, Mahkamah Sivil seperti mempunyai kuasa eksklusif terdapat Mahkamah Syariah sehingga campur tangan dalam perkara melibatkan Mahkamah Syariah.

Katanya, Mahkamah Syariah seperti selama-lamanya perlu tunduk dengan Mahkamah Sivil sedangkan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Ia bermakna Mahkamah Syariah selama-lamanya tunduk kepada mahkamah sivil. Ini satu perkara yang perlu dilihat semula, malah dengan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“UMMAH juga bersetuju meminta Majlis Raja-Raja mengeluarkan titah berhubung isu itu, supaya ia dapat meredakan ketegangan dan kegusaran dalam kalangan umat Islam.

“Raja penaung agama dan negara. Jadi kita rasa titah Raja-Raja akan dapat meredakan sedikit ketegangan yang berlaku susulan isu ini,” katanya.

Sidang meja bulat telah dilakukan untuk membincangkan tentang rasa kurang selesa dengan perundangan yang telah dilakukan baru-baru ini.

Sidang itu turut dihadiri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim , Mufti Pahang, Datuk Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman serta 200 peserta daripada kalangan pakar perundangan, perlembagaan, mufti dan NGO.

“Sidang meja bulat ini adalah untuk melihat noktah-noktah yang kita rasa tidak berapa selesa dengan perundangan atau keputusan yang dibuat baru-baru ini.

“Perbincangan hari ini terlalu banyak yang kita rasa sangat baik, sehingga belum sempat membuat rumusan secara tuntas.

“Bagaimanapun, kita akan drafkan satu resolusi lengkap perbincangan yang akan dibuat dalam masa sehari dua lagi,” kata Aminuddin. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *