Umno jadi dalang serangan terhadap Guan Eng di P.Pinang

Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi dalang kepada serangan terhadap anaknya, Lim Guan Eng yang juga merangkap sebagai Ketua Menteri Pinang di negeri Pulau Mutiara itu.

Sudah menjadi kebiasaan pemimpin-pemimpin parti Roket cuba berlagak mereka ‘bersih’ daripada sebarang kesalahan. Tindakan mereka itu cuba menunjukkan mereka ‘tidak pernah’ terbabit dalam sebarang salah laku.

Kata Kit Siang, UMNO-BN mempunyai tiga serangan yang telah dirancang, namun satu daripada tiga serangan itu gagal apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

“Strategis UMNO-BN telah tewas dalam salah satu daripada tiga serangan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk memenangi dua lagi serangan,” kata.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata demikian dalam satu ceramah beliau yang diadakan di Puchong, baru-baru ini.

Kit Siang mendakwa dua serangan lagi menerusi dakwaan ke atas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berhubung tuduhan rasuah berkaitan isu projek mega pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pemimpin veteran DAP itu patut tahu isu projek mega DAP berkenaan telah terbukti menimbulkan banyak keraguan dan merugikan. Sehingga hari ini boleh dikatakan majoriti rakyat Pulau Pinang langsung tidak bersetuju dengan projek mega DAP berkenaan.

Selain daripada merugikan rakyat, projek terowong DAP itu telah menyebabkan imej negeri dan juga penduduk Pulau Pinang dipandang rendah di Malaysia. Skandal rasuah dan juga penyelewengan yang menyelubungi projek terbabit sangat memalukan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *