Wanita Arab tak perlu pakai jubah longgar sebagai tanda ketaatan kepada agama

RIYADH – ARAB SAUDI . Wanita Arab tidak perlu memakai jubah panjang longgar dan panjang iaitu Abaya sebagai tanda ketaatan kepada agama.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah al-Mutlaq melalui satu siaran oleh stesen radio Neda Al-Islam.

Kata Sheikh Abdullah, wanita beragama Islam sepatutnya memakai persalinan yang bersederhana dan pemakaian Abaya adalah tidak wajib.

“Lebih 90 peratus wanita beriman di dunia Islam tidak memakai Abaya. Jadi kita tidak perlu paksa wanita (di Arab Saudi) untuk memakai Abaya,” kata Sheikh Abdullah.

Bagaimanapun, kenyataan Sheikh Abdullah tidak dikaitkan dengan mana-mana peraturan dan ia dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan Arab Saudi untuk memodenkan penduduknya.

Antara perubahan lain dibawa oleh kerajaan Arab Saudi bermula tahun lepas adalah membenarkan atlet wanita bersaingan dengan atlet lelaki dalam acara terbuka.

Selain itu, kaum wanita juga dibenarkan memandu selepas Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengambil alih tampuk pemerintahan.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *