Warner Bros Pilih Joaquin Phoenix Jadi Joker

Nampaknya peminat Joker terpaksa menerima kenyataan yang watak Joker dalam filem solo ‘The Joker’ tidak akan dilakonkan oleh Jared Letto mahupun Leonardo DiCaprio kerana pelakon yang menjadi pilihan pengarah filem itu, Todd Philips adalah Joaquin Phoenix.

Meskipun pada awalnya, Joaquin menolak untuk membawakan watak itu, tetapi selepas memikirkan semula, Joaquin yang merupakan pilihan utama Todd Philips akhirnya telah bersetuju untuk membawakan watak musuh Batman itu.

Joaquin dipilih untuk melakonkan watak Joker kerana dia ikatakan mempunyai karakter yang sesuai untuk menunjukkan semula watak Joker yang baru. Namun, menurut Variety, perbincangan bersama Warner Bros masih belum dilakukan dan mereka kini sedang menunggu persetujuan daripada studio itu.

Sementera itu, nama Joaquin bukanlah satu nama baru dalam studio DC Entertainment dan Warner Bros kerana sebelum ini Joaquin pernah ditawarkan watak Lex Luthor dalam ‘Batman v Superman’ tetapi menolak.

Malah, Joaquin juga pernah berbincang dengan Marvel untuk watak Doctor Strange tetapi peluang itu dilepaskan begitu sahaja. Akan tetapi, berita pemilihan Joaquin sebagai Joker yang baru mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak.

Mungkin agak menghampakan untuk peminat Joker tetapi jangan bimbang kerana Jared Letto masih akan memainkan watak Joker dalam filem sekuel ‘Suicide Squad’ dan juga dalam filem ‘Joker and Harley Quinn’ bersama Margot Robbie. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *