Wulan Guritno Tak Peduli Dikatakan Semakin Seksi

Sejak kebelakangan ini, nama artis kelahiran Indonesia yang pernah menjadi juri untuk rancangan Maharaja Lawak Mega di Malaysia, Wulan Guritno sering menjadi tumpuan netizen.

Itu kerana, selepas menarik perhatian ramai melalui gambar seksinya ketika bercuti di pantai, Wulan kini dilihat semakin galak berkongsi gambar-gambarnya yang semakin seksi dari hari ke hari di media sosial.

Meskipun tahu tindakannya itu akan menerima kecaman serta kritikan daripada netizen tetapi Wulan lebih memilih untuk tidak memperdulikan semua itu.

Malah, Wulan juga pernah memberikan ‘hint’ mengatakan yang suaminya, Adilia Dimitri tidak pernah menghalangnya daripada berpakaian seperti itu.

Menurut laporan, Wulan mengakui yang dia berasa sangat yakin jika dapat menyesuaikan pakaian yang dipakainya dengan tempat atau acara yang dihadirinya kerana merasakan tiada apa yang salah jika menunjukkan imej seksi terutama sekali ketika berada di pantai.

Dalam laporan itu juga Wulan turut mengatakan yang oleh sebab tidak mudah untuk mendapatkan bentuk badan idaman sepertinya itu jadi dia perlu menghargai setiap apa yang dia miliki. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *