YB Khairy Jamaluddin Tunjuk Bakat Dalam Bidang Lakonan

Disebabkan oleh sikapnya yang ‘sporting’ dalam melayan segala komen-komen netizen di media sosial, Menteri Belia & Sukan Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin telah menjadi salah seorang menteri yang paling terkenal untuk semua golongan masyarakat terutama sekali golongan belia.

Selain aktif melayan peminat di Twiitter dan juga Instagram, KJ telah menunjukkan yang beliau bukan sahaja pandai berpolitik dan bersukan tetapi juga pandai berlakon. Jika sebelum ini KJ pernah berlakon menjadi pemandu teksi dan penjual ayam percik, kini, beliau menjadi seorang tukang masak pula.

Dimana, sempena sambutan tahun baru cina tahun ini, KJ bersama anaknya telah muncul dalam satu iklan untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina.  Menerusi video pendek yang dikongsinya, KJ dilihat telah membantu seorang wanita memasak ikan untuk dimakan bersama keluarga.

Namun, bukan sekadar berlakon sahaja tetapi KJ juga tanpa kelihatan kekok bertutur dalam Bahasa Mandarin dalam iklan itu dan menyebabkan netizen berasa kagum dengannya dan mula menghujani ruangan komen dengan pujian.

Hebat betul YB KJ ini. Dari politik, bersukan, berlakon semua KJ boleh lakukan tanpa kelihatan kekok. Mungkin lepas ini KJ boleh cuba bidang nyanyian pula, nampaknya KJ kena pertimbangkan balik cadangan tubuhkan kumpulan bernama #Khawal bersama Awal itu.

Apapun, layan video penuh lakonan KJ sempena Tahun Baru Cina 2018 disini.

–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *