Zayn Malik Akui Meminati Filem Shah Rukh Khan

Siapa sangka artis Hollywood yang terkenal dengan lagu ‘Pillow Talk’, dan ‘Dusk Till Dawn’ iaitu Zayn Malik sangat menyukai filem dari Bollywood terutama sekali yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Bollywood iaitu Shah Rukh Khan.

Menurut Zayn, kadang-kala dia dan kekasihnya, Gigi Hadid lebih memilih untuk menikmati masa rehat mereka di rumah dengan menonton filem yang mereka boleh nikmati bersama-sama.

Oleh sebab, dia sangat menyukai filem India terutama sekali filem lakonan Shah Rukh Khan iaitu Devdas, Zayn pasti akan mengajak Gigi untuk menonton filem itu bersama dengannya.

Malah, Zayn bukan sahaja suka menonton filem tetapi juga turut menyukai beberapa makanan India yang mempunyai rasa yang unik dan bersesuaian dengan seleranya. Pastinya itu juga akan turut dinikmati Zayn bersama  Gigi.

Beberapa tahun lepas, gambar selfie SRK dan juga Zayn yang diambil semasa Asian Awards yang dimuat naik SRK di Twitter-nya telah membuat rekod terbaru di India apabila gambar itu telah menjadi gambar paling banyak ‘retweet’ di India. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *