6 Tabiat Makan Tanpa Sedar Jadi Punca Utama Gemuk

Pernah tak terjadi kepada anda situasi dimana anda rasa seperti sudah menjaga pemakanan, berzumba dan sebagainya tu tapi berat badan masih tidak turun. Ataupun makin naik lagi ada lah.

Mesti runsing kan! Nak tahu tak kenapa dan apa puncanya perkara macam ni boleh terjadi? Jom check it out!

1. Makan Dalam Kereta

Maksud makan dalam kereta kat sini bukanlah macam makan nasi dalam kereta. Maksud dia macam makan jajan sambil drive. Contohnya makan ais krim, keropok, gula-gula dan sebagainya tu. Walaupun benda-benda tu kecil tapi kandungan kalorinya tinggi.

2. Masak Sambil Rasa

Ini ramai yang buat kan. Of course la kena rasakan, tapi nak rasa pun biarlah berpada. Setiap sudu kuah yang anda rasa tu ada nilai kalorinya tau. Kalau 10 kali rasa agaknya dah berapa kalori kat situ. Itu baru rasa je belum makan betul-betul lagi.

3. Portion Makanan

Tahu tak macam mana nak kira portion makanan. Nampak dan dengar macam simple je kan tapi ini sangat penting sebenarnya. Kalau makan healthy food sekali pun tapi dalam portion yang berlebihan tak guna jugak dik oii.

4. Kalori Dalam Air

Semua air yang manis mempunyai kalori ye. Sebab itu lah disarankan minum air kosong. Hanya air kosong je yang tiada kalori.

5. Sos

Makan salad, telur rebus, sandwich, subway wrap ke atau apa-apa pun yang healthy tu dah bagus. Yang tak bagusnya tu bila ditambah sos atau dressing dia tu. Kalori dik.

6. Makan Sebab Bahagia

Bahagia ke?? Okay gurau je. Ini selalunya terjadi pada orang yang sudah berkeluarga je. Ye la niat nak teman suami je tapi dia pulak yang lebih-lebih sampai bertambah bagai. Tapi ada jugak yang makan ikut emosi. Happy pun dia makan, marah pun dia makan jugak. Macam mana la kan nak turun berat badannya tu.

Jangan kata semua ni rekaan pulak tau sebab ini semua adalah sebuah perkongsian daripada seorang perunding kecergasan, Coach Fatin Najwa.

Jadi dah tau kan kenapa berat badan tu tak turun-turun. Okay, masing-masing dah boleh insaf. Jom start diet semula. Kali ni kita buat betul-betul ye. Selamat mencuba! – utaranews.com

One thought on “6 Tabiat Makan Tanpa Sedar Jadi Punca Utama Gemuk

  • 20/03/2018 at 1:27 am
    Permalink

    Tp, klau saiz fizikal awk tu di pengaruhi faktor genetik , awk diet la smpai ke pengsan , ttap x slim gak .
    Jgn la sedih . redha je . Gemuk & msih brkeupayaan brgerak ,
    Bersyukur lah ye

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *