Air Basuhan Beras Mampu Kecilkan Pori-Pori Wajah

Tahu tak sebenarnya air basuhan beras ni banyak manfaatnya. Dalam beras itu sendiri pun sudah kaya dengan sumber vitamin D dan mineral seperti fiber, kalsium, thiamine dan sebagainya.

Selain itu, beras juga tidak mempunyai kolesterol malah kaya dengan karbohidrat yang baik untuk tubuh.

Pasti ramai diantara kita sudah tahu, beras bukan sahaja enak dan kenyang bila dimakan. Beras juga boleh dijadikan bahan untuk mencantikkan kulit. Jika tidak masakan nenek moyang kita dahulu gunakan beras untuk buat bedak sejuk.

Air dari basuhan beras dikatakan mampu merawat jerawat, memutihkan kulit, mengecilkan liang pori dan juga dijadikan masker rambut. Nak tahu lebih lanjut lagi?

Jom lihat langkah-langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan anjal dengan menggunakan beras.

1. Menyegarkan Wajah

Jadikan air basuhan beras sebagai masker. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlukan rendamkan kapas kedalam air beras selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tekapkan kapas tersebut ke muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci. Jika dilakukan dengan konsisten anda akan dapat merasakan perubahan pada kulit wajah.

2. Mencerahkan

Gunakan air basuhan beras setiap kali hendak mencuci muka. Amalan ini akan membuatkan kulit anda bertambah cerah dan sentiasa kelihatan segar. Tak perlu membazir beli produk yang belum tentu dapat membantu. Cubalah!

3. Kecilkan Liang Pori

Gunakan kapas, celup kedalam air beras kemudian oleskan perlahan-lahan pada wajah. Selain mengecilkan liang pori, kulit wajah anda juga akan kelihatan flawless dan nampak licin tetapi dengan syarat anda harus lakukan kaedah ini secara konsisten untuk mendapatkan hasilnya.

4. Hilangkan Jerawat

Terbukti dari doktor pakar kulit sendiri bahawa air basuhan beras dapat merawat masalah jerawat di wajah. Pada sesiapa yang hampir hilang harapan dengan produk-produk kosmetik diluar tu boleh la cuba kaedah semulajadi ini. In Sha Allah ia dapat membantu.

5. Hilangkan Minyak Di Wajah

Setiap kali selepas mencuci muka, bilas semula dengan air basuhan beras. Ia akan membantu mengurangkan minyak sekaligus mencerahkan kulit wajah anda juga. Baguskan!

6. Menghaluskan & Melembutkan Kulit

Lapkan wajah anda dengan air beras setiap hari. Amalkan dan jadikan rutin harian, anda akan mendapati kulit wajah menjadi lebih halus, lembut dan segar.

Cuba lah! Daripada membazir beli produk mahal-mahal diluar sana, lebih baik gunakan kaedah semulajadi ini. –utaranews.com

One thought on “Air Basuhan Beras Mampu Kecilkan Pori-Pori Wajah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *