Air Kelapa Muda Bagus Untuk Singirkan Racun Dan Sihir Dalam Badan

Anda percaya pada sihir dan santau? Selalu dengar orang sebut tentang sihir kan. Apa yang kita faham sihir ni bermaksud, mangsa yang mengalami gangguan sihir ini akan dibinasakan dengan perlahan-lahan supaya menderita dalam jangka masa tertentu. Ia juga boleh berakhir dengan kematian jika tidak dirawat.

Apa pula kaitan air kelapa dengan sihir menyihir ni? Menurut sebuah perkongsian oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di ruangan facebook mereka, air kelapa dapat menyembuhkan racun dan sihir dalam badan manusia.

Jika anda semua nak tahu, air kelapa muda yang diminum dengan mengikut kaedah yang yang betul dapat mematikan atau mengeluarkan racun dalam badan. Jika diamalkan 3 kali seminggu, dengan izin Allah S.W.T kita akan diberikan kesihatan yang baik dan segala kotoran dalam badan akan hilang.

Cara untuk minum air kelapa muda ini dengan betul pula adalah seperti berikut;

Pastikan anda gunakan air dari kelapa muda. Tidak perlu letakkan gula dan ais. Sebelum diminum,

1. Baca surah Al-Fatihah 1 kali,

2. Surah Toha Ayat 69 sebanyak 7 kali.

3. Berdoa pada Allah.. “Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini”

4. Minum dengan pelan-pelan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.

5. Amalkan minum air kelapa dengan cara ini 3 kali seminggu. In sha Allah dengan izin Allah semuanya akan pulih.

Surah Toha Ayat 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:- “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

– utaranews.com

2 thoughts on “Air Kelapa Muda Bagus Untuk Singirkan Racun Dan Sihir Dalam Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *