Album #tonggaknegara Diharap Mampu Semai Semangat Patriotik Kepada Rakyat

Sebagai seorang rakyat Malaysia kita perlu lah mempunyai ataupun memupuk semangat patriotik dalam diri kita dengan memastikan segala perbuatan mahupun percakapan kita tidak melampaui batasan sehingga boleh menjadi punca kepada kemusnahan negara.

Malah itu turut diperkatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak sewaktu majlis pelancaran album politik bertajuk #tonggaknegara terbitan The Rakyat baru-baru ini.

Menurut Datuk Seri, lagu-lagu patriotik seperti yang ditampilkan dalam album #tonggaknegara itu perlu disiarkan kerana ia dapat memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai betapa pentingnya semangat kenegaraan itu dalam diri seseorang.

Malah Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian etniknya, album #tonggaknegara itu mempunyai lapan buah lagu di dalam lapan bahasa yang berbeza mewakili pelbagai masyarakat yang ada di Malaysia dan itu termasuklah Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien, dan bahasa tempatan Sabah dan juga Sarawak.

Album gubahan bekas penyanyi utama kumpulan Revolvers, Anuar Abdul Razak itu juga turut akan menampilkan  gandingan barisan penyanyi dari pelbagai bangsa seperti Jaclyn Victor, Zazrina Zainuddin, Audra Pearl Justine, Ravi Sharma, Leonard Lai Yzek Hzeng, Jackes Tew Jack Shiong dan Sean Say How.

Ada benarnya itu, jika bukan diri sendiri siapa lagi yang akan menyanyangi Malaysia, harap dengan adanya lagu #tonggaknegara semangat patriotik dalam diri netizen dapat disemai.  Sementara itu, album yang dihasilkan dalam bentuk digital itu boleh didapati di portal TheRakyat.com

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *