Amalkan 6 Makanan Ini Untuk Bantu Elak Serangan Gout

Gout adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat asid urik yang terlebih dalam badan. Pasti ada yang tertanya-tanya kan, apa bendanya pula ‘asid urik’ tu?

Asid urik terjadi akibat daripada pemecahan sel-sel yang telah mati yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga akan terhasil daripada makanan yang tinggi kandungan protinnya. Jika tidak dikawal, asid urik yang berlebihan juga boleh membentuk menjadi batu karang jika terkumpul di dalam saluran air kencing dan juga buah pinggang.

Menurut kajian, kebanyakkan pesakit Gout adalah terdiri daripada kaum lelaki berbanding wanita. Ini berkemungkinan kerana pengambilan makanan yang berprotin tinggi lebih berbanding wanita. Pesakit gout kebiasaannya akan mengalami keradangan pada sendi terutamanya bahagian ibu jari kaki.

Selain kurangkan makan makanan berprotin tinggi, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mencegah daripada terjadinya penyakit gout ini adalah dengan mengamalkan 6 jenis makanan seperti dibawah;

1. HALIA

Lebihkan halia dalam masakkan atau amalkan minum teh halia akan membantu mencegah penyakit gout. Ini kerana kadar komponen Gingerole dan Zingiberene yang terkandung di dalam halia dapat mengurangkan keradangan sendi.

2. CILI

Cili memang tidak asing lagi dengan masakan di negara kita. Untuk pengetahuan anda kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam cili itu lah yang dapat menghindarkan dari terkena serangan gout.

3. NANAS

Buah nanas sangat kaya dengan Vitamin C dab Bromelain, dimana kedua-dua ini sangat bagus untuk mengurangkan keradangan pada sendi malah ia juga boleh membantu anda dari mendapat gout.

4. PEGAGA

Daun pegaga ini berfungsi untuk menyahtoksikkan asid yang berlebihan didalam badan. Selain dibuat ulam, pegaga juga sangat enak jika dijadikan jus.

5. KUNYIT

Kunyit memang terkenal dengan seribu satu khasiat semulajadinya. Kandungan cucurminnya mampu mencegah penyakit gout dan keradangan sendi. Tapi kunyit hidup ye bukan kunyit serbuk tau.

6. LEMON

Selain membekalkan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan, lemon juga berfungsi untuk membatu menyahtoksikkan segala jenis asid yang berlebihan.

Makanan yang perlu dielakkan pula adalah hati, paru, ikan bilis, ketam, udang, kerang dan pelbagai lagi makanan laut. Jangan bimbang penyakit gout boleh dirawat dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang. – utaranews.com

One thought on “Amalkan 6 Makanan Ini Untuk Bantu Elak Serangan Gout

  • 20/03/2018 at 8:28 pm
    Permalink

    Buah nangka pun bgus jugak utk elakkn gout ni .
    Tp, kena mkn 3ulas je la . Jgn 3bjik pulak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *