Amitabh Bachchan Jalani Penggambaran Dibawah Pengawasan Medik

Bagi memastikan proses penggambaran filem terbarunya yang bertajuk, ‘Thugs of Hindostan’ di dareah Jodhpur berjalan dengan lancar, pelakon senior Bollywood iaitu Amitabh Bachchan  telah mendapat pengawasan sepenuhnya daripada pasukan perubatan yang terbawakan khas daripada Mumbai.

Itu dilakukan bukan kerana, dia adalah pelakon senior, tetapi ia disebabkan oleh sewaktu melakonkan watak yang diterimanya dalam filem itu, Amitabh dikatakan telah jatuh sakit dan keadaannya membuatkan mereka terpaksa mengarahkan pasukan perubatan dari Mumbai datang segera ke lokasi penggambaran.

Menurut laporan, menerusi blognya sendiri, Amitabh mengaku yang keadaan kesihatannya kini sudah semakin menurun tetapi dia tetap bersyukur kerana pasukan perbuatan sentiasa bersedia demi memastikan keadaannya tidak menjadi bertambah buruk.

Malah, selain mendapat perhatian daripada pasukan perubatan, demi memastikan keadaannya tidak bertukar menjadi teruk sewaktu menjalankan penggambaran, Amitabh juga turut mendapat layanan yang istimewa terutama sekali ketika cuaca yang sering berubah-ubah.

Sementara itu, dalam filem ‘Thugs of Hindostan’, Amitabh akan bergandingan dengan pelakon-pelakon baru seperti Aamir Khan, Katrina Kaif, dan Fatima Sana Shaikh. Manakala, filem arahan Vijay Acharya Krishna itu dijadualkan akan keluar pada 7 November 2018 ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *