Awas! Jangan terpedaya dengan ‘9 Anak Jin’ ini..

Umat Islam percaya tentang kewujudan jin dan iblis. Di dunia ini bukan hanya adanya manusia tetapi juga jin dan iblis yang berusaha untuk menyesatkan umat Islam.

Jumlah jin dan iblis ini tidak boleh dibilang kerana ianya terlalu banyak dan mereka mempunyai tagas-tugas khas mereka sendiri.

Malah, terdapat 9 jenis anak-anak jin yang berada di tempat-tempat berdekatan kita. 9 anak-anak jin itu adalah Zalituun, Wathiin, A’awan, Haffaf, Murrah, Masuud, Daasim, Walahaan dan Lakhuus.

Ustaz Auni Mohamad berkata anak-anak jin ini berusaha mengoda dengan melakukan pelbagai tipu daya supaya manusia mendengar bisikan mereka.

Zalituun jin yang suka duduk di kedai-kedai, dan pasar raya dan tugasnya adalah menghasut manusia akan hilang sifat berjimat cermat. Manusia jadi rambang mata dan mula membeli barang-barang yang tidak penting.

Jin wathiin pula tinggal di jiwa manusia yang Allah SWT sedang uji. Terutamanya manusia yang sedang runsing dibebani masalah, anak jin ini akan cuba menggoda untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap Allah. Wathiin juga akan memesongkan akidah dan menghilangkan keyakinan manusia pada qada dan qadar.

Manakala, jin A’wan pula berdamping dengan raja-raja, pemimpin atau menteri dan menghasut supaya tidak mendekati rakyat. Jin ini akan menggoda supaya pemerintah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemerintah dengan lakukan kebajikan dan kebaikan.

Selain itu, jin Haffaf pula suka bergayut pada kaki judi, kaki botol atau kaki nombor ekor. Jin ini akan menghasut seseorang itu supaya menjadi lebih sesat.

Murrah pula adalah anak jin yang suka hiburan, alunan lagu nyanyian dan muzik. Jin ini suka berada pada artis-artis, dan berusaha untuk melalaikan dan melaghakan manusia supaya terus berhibur.

Sementara itu, jin masuud pula suka berada di bibir untuk membuatkan manusia suka bercakap bohong, menabur fitnah, buka aib orang, bercakap kasar, mengumpat dan bergosip.

Daasim pula suka duduk di depan pintu rumah dan tunggu ahli rumah balik untuk menghasut orang supaya tidak memberi salam.

Jin halawan pula akan masuk melalui perasaan waswas supaya manusia lalai. Contohnya kita sentiasa rasa tidak puas hati ketika ambil wuduk atau solat dan menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk dalam beribadah.

Akhir sekali adalah jin lakhuus iaitu jin yang berkawan rapat dengan orang Madusi iaitu yang menyembah api atau matahari.-utaranews

One thought on “Awas! Jangan terpedaya dengan ‘9 Anak Jin’ ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *