Bapa ‘benihkan’ anak dara sendiri gara-gara rindu isteri di Malaysia

Tidak ada lagi kata yang tepat,untuk menggambarkan betapa biadapnya seorang bapa kandung yang tergamak menjadikan anak kandungnya sendiri sebagai tempat pemuas nafsu selama bertahun tahun.

Aksi haruan makan anak ini terbongkar apabila mangsa yang kini berusia 14 tahun di kabarkan membuat satu laporan polis kerana takut selepas mengetahui dirinya hamil 3 bulan.

Menurut pengakuan mangsa, terakhir kali di dirogol paksa oleh bapanya ialah pada 22 mac 2018 lalu. Ketika kejadian, dia sedang tidur dan didatangi oleh ayahnya dan memaksanya melakukan hubungan intim di rumah mereka di Lampung.

Mangsa turut menyatakan bahawa dia diancam dengan ugutan akan dipukul jika keinginan bapanya tidak dipenuhi.

Katanya lagi, dirinya sudah lama menjadi hamba pemuas nafsu bapanya sendiri semenjak ibunya pergi merantau ke Malaysia ketika umurnya 10 tahun.

Suspek yang kini dalam tahanan pihak polis daerah Pardasuka Lampung, mengaku melakukan perbuatan keji itu kerana terlalu rindu dengan isterinya, ditambah pula isterinya tidak pernah pulang semenjak berangkat ke Malaysia.

Mangsa yang kini disahkan mengandung tiga bulan, di jaga oleh neneknya sementara menunggu kepulangan ibunya dari Malaysia. – Utaranews.

2 thoughts on “Bapa ‘benihkan’ anak dara sendiri gara-gara rindu isteri di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *