Berkahwin adalah kunci hidup sihat dan mampu panjangkan umur

Islam sentiasa menggalakan umatnya untuk berdirikan rumah tangga bagi sesiapa sahaja yang berkemampuan . Selain itu, hidup bekerluarga juga dapat membantu seseorang itu mencapai kesempurnaan dalam agama.

Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Hakim yang berbunyi:

“Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya,sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada Hari Akhirat nanti”- (riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Perkahwinan dan hidup berkeluarga ini juga adalah fitrah yang dikurniakan oleh Allah SWT semenjak Adam yang dijadikan manusia dan semua makhluk berpasangan-pasangan.

“Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasangan-pasangan(isteri) ,dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu anak-anak dan cucu-cicit…”- (Surah An-Nahl 16:72)

Tetapi, ada antara golongan muda sekarang yang mengambil keputusan tidak berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan komitmen dan kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Terdapat kajian mendedahkan hidup berkeluarga adalah kunci hidup sihat dan mampu panjangkan umur. Manakala, golongan yang tidak berkahwin pula akan terdedah kepada risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolestrol dan diabetes.

Menurut kajian itu, mereka yang berkahwin dikatakan mampu hidup sihat dan panjang umur kerana sentiasa mendapat sokongan dan bantuan dari pasangan supaya tidak mudah putus ada untuk teruskan hidup.

Namun begitu, golongan yang tidak berkahwin pula akan cepat mudah putus asa kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan dari orang tersayang terutamanya daripada pasangan hidup untuk teruskan hidup.

Apapun, jika sudah bertemu dengan jodoh iaitu lelaki atau wanita yang baik berkahwinlah kerana perkahwinan itu adalah satu institusi yang penting.-utaranews

One thought on “Berkahwin adalah kunci hidup sihat dan mampu panjangkan umur

  • 19/03/2018 at 5:44 pm
    Permalink

    Tp, org2x muda yg menikah zaman skrang , hnya tau psal jubo je . Nafkah zahir , dorg bleh wat lupa je.
    Hish.. x de integriti btul

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *