Betul Ke Jus Pokok Lidah Buaya Mampu Cegah Rabun?

Sejak akhir-akhir ni selalu nampak budak-budak kecik pakai cermin mata. Kesiannya muda-muda lagi dah rabun. Kalau dulu kita selalu kaitkan dengan faktor umur, semakin meningkat usia semakin kabur lah pandangan mata. Tapi sekarang dah lain.

Sebenarnya masalah mata rabun ni bukanlah disebabkan penuaan. Ianya adalah disebabkan terlalu lama menghadap skrin komputer, melihat objek yang bercahaya pada jarak yang dekat, membaca dalam gelap dan sebagainya.

Bukan manusia je, mata pun perlukan rehat dan penjagaan yang baik. Sekiranya anda pandai menjaga kesihatan mata in sha Alla anda tidak akan mendapat masalah rabun ini.

Selain daripada mendapat rawatan daripada pakar, anda juga boleh menggunakan kaedah tradisional untuk merawat mata yang rabun. Hanya menggunakan pokok lidah buaya sahaja.

Nak tahu caranya? Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

100gm lidah buaya (buang kulit, kisar dan ambil jusnya sahaja)
500gm kacang walnut (ditumbuk)
300gm madu
3 hiris lemon

Cara penyediaannya:

1. Campurkan jus lidah buaya, kacang walnut, madu dan lemon tadi kedalam mesin pengisar.

2. Kisar sehingga halus dan sebati.

3. Tuang kedalam cawan dan boleh terus diminum.

Amalkan tiga kali sehari dengan sukatan satu sudu sebelum makan. Lebihan minuman tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk. Jika diamalkan rutin ini selama 10 hari, in sha Allah dengan izin Allah S.W.T penglihatan anda akan bertambah baik.

Selamat mencuba! –utaranews.com

One thought on “Betul Ke Jus Pokok Lidah Buaya Mampu Cegah Rabun?

  • 21/03/2018 at 1:33 am
    Permalink

    Jus lidah buaya mampu cegah rabun .
    Jus lidah tenggiling pulak mampu cegah sembelit .
    Try la..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *