Bront Palarae Belum Berfikir Untuk Pindah Ke Jakarta

Selepas kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh pelakon bernama Bront Palarae dalam tiga filem Indonesia yang dibintanginya, nama Bront sudah mula semakin dikenali dan menjadi tumpuan netizen di negara jiran itu.

Sehinggakan atas pencapaian terhebat Bront itu juga timbul desas-desus yang mengatakan segala kejayaan yang diperolehinya itu adalah tanda yang Bront sudah boleh berhijrah menetap di Indonesia seperti yang dilakukan oleh Ashraf Sinclair.

Namun, bagi Bront itu semua adalah satu perkara masih perlu difikirkan kerana dia sebenarnya masih tidak terfikir ke arah itu meskipun isterinya sendiri ada mencadangkan supaya mereka menetap di Indonesia.

Itu adalah kerana dia enggan membuat keputusan terburu-buru, walaupun merasakan peluang yang didapatinya untuk bekerja dengan produksi luar dari Malaysia adalah perkara yang sangat bermanfaat bukan sahaja dari segi pengalaman tetapi ilmu serta persahabatan.

Pada kak Lala, rasanya baik fikir baik-baik perkara itu, lagi pula bukannya jika tidak pindah Bront tidak akan dapat tawaran berlakon di Indonesia lagi, selepas kejayaan yang Bront perolehi itu pasti akan ada lebih ramai lagi produksi yang ingin memberikan tawaran walaupun Bront tidak menetap di sana.

Sebagai salah seorang peminat Bront, kak Lala tak berapa sokong jika Bront pindah ke sana, takut nanti Bront juga akan menghilangkan diri dari muncul dalam produksi tanah air. Nanti bukan kak Lala saja yang sedih, tapi peminat-peminat Bront yang lain juga turut akan berasa perkara yang sama. –kaklala/utaranews.com

One thought on “Bront Palarae Belum Berfikir Untuk Pindah Ke Jakarta

  • 30/03/2018 at 4:16 pm
    Permalink

    Pegi aje la menetap sana .
    Jgn jd pembelot sudah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *