Duduk depan komputer lebih 5 jam berisiko mati cepat

Perkara biasa yang dilakukan oleh pekerja di pejabat atau penjawat awam adalah duduk di depan komputer dari awal masuk kerja sehingga balik kerja. Hampir setiap hari rutin ini akan dilakukan untuk menyelesaikan tugasan kerja.

Namun begitu, tidak ramai yang sedar dan tahu bahawa duduk terlalu lama iaitu lebih 5 jam di depan komputer boleh menyebabkan risiko mati cepat. Sebenarnya duduk terlalu lama di depan komputer boleh menyebabkan kerosakan jantung seterusnya membawa kepada kematian cepat.

Penyebabnya apabila posisi duduk iaitu bersandar di kerusi ketika melakukan kerja di depan komputer. DUduk terlalu lama menyebabkan penurunan 90 % lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakaktifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber masalah.

Kajian dilakukan Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London terhadap lebih dari 4,500 orang respondan berusia atas 35 tahun dan dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan monitor,” kata Stamatakis.

Selain itu, Stamatakis juga mendedahkan 48 peratus orang yang menghabiskan masa 4 jam di depan komputer boleh mengalami kematian lebih cepat disebabkan faktor lain daripada jantung.

Bagaimanapun, Stamatakis berkata masih terdapat penyelesaian yang boleh dilakukan oleh mereka yang tidak dapat lari dari bekerja lebih 5 jam di hadapan komputer.

“Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak.

“Itu akan menurunkan masalah-masalah tersebut dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama,” jelasnya.

Kesimpulannya, adalah lebih baik jangan duduk setempat terlalu lama dan lakukan sedikit senaman untuk mengelakkan dari terkena sakit jantung. –utaranews

One thought on “Duduk depan komputer lebih 5 jam berisiko mati cepat

  • 19/03/2018 at 4:38 pm
    Permalink

    Habistu, nk kena duduk bawah tempurung ke ?
    Mcm katak puru, sampai kembung perut

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *