Elakkan Tong Sampah Berulat Dengan Bunga Cengkih

Eeeeii gelikan bila tengok tong sampah berulat. Ye lah macam mana tak berulat kalau dibiarkan sampah tu terdedah 2 – 3 hari. Bila dah muncul ulat beribu-ribu ekor macam tu lagi lah geli nak buangkan.

Okay la cakap panjang-panjang pun tak guna juga. Jom tengok petua yang telah dikongsikan oleh seorang wanita di blognya, cara untuk membasmi ulat sambah yang menjijikkan ni.

Cara pertama

1. Ambil segenggam bunga cengkih kemudian tumbuk/kisar kasar.

2. Taburkan dalam tong sampah dan sekeliling kawasan yang dah berulat tu.

3. Biarkan selama beberapa jam.

4. Hasilnya, ulat-ulat tadi akan mati.

Cara kedua

1. Ambil 2 penutup cecair peluntur baju kemudian bancuh dengan sedikit air.

2. Masukkan kedalam botol semburan.

3. Semburkan bancuhan tadi kedalam tong sampah.

4. Masalah bau akan hilang dan ulat pun tak akan muncul lagi.

Sebenarnya tak perlu lah tunggu sampai 2-3 hari baru nak buang sampah tu kan. Apa kata buang je setiap hari pasti ulat pun tak sempat nak datang singgah rumah kita. Lagipun kebersihan kan sebahagian daripada iman. –utaranews.com

One thought on “Elakkan Tong Sampah Berulat Dengan Bunga Cengkih

  • 20/03/2018 at 8:15 pm
    Permalink

    Letak kemenyan sekeliling tong sampah .
    Lg efektif kesan dia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *