‘Flower Road’ Lagu Terakhir Kumpulan BIGBANG Buat Peminat

Selepas TOP dan GD, dua lagi anggota kumpulan BIGBANG iaitu Taeyang dan Daesung pula secara rasminya mula melaporkan diri mereka bagi menjalani latihan ketenteraan wajib di kem masing-masing.

Seperti memahami perasaan sedih serta kehilangan yang dirasai oleh peminat, kumpulan itu bagaimanapun telah menyediakan lagu terakhir dari mereka yang menampilkan suara kelima-lima anggota kumpulan itu.

Sebagai agensi yang mewakili kumpulan BIGBANG, YG Entertainment bertindak memenuhi janji kumpulan itu dan mengeluarkan lagu bertajuk ‘Flower Road’ yang dicipta oleh TOP dan GD khas untuk peminat-peminat mereka dan juga BIGABANG.

Sebaik sahaja dikeluarkan pada 13 Mac lalu, lagu ‘Flower Road’ itu telah berjaya menduduki semua carta dan dalam masa kurang daripada 24 jam lagu itu juga turut mencapai tahap ‘all-kill’ dalam carta di Korea.

Namun, bukan di Korea sahaja tetapi pengaruh BIGBANG dan juga lagu ‘Flower Road’ itu juuga turut menerima sambutan yang hangat di seluruh dunia sehingga berjaya menduduki iTunes Top Songs Charts di 28 buah negara.

Ternyata, pengaruh BIGBANG masih kukuh meskipun empat anggota kumpulannya berehat seketika daripada industri muzik dan meninggalkan ‘maknae’ mereka, Seungri. Akan tetapi, Seungri juga turut akan mengikuti jejak langkah anggota yang lain selepas selesai mempromosikan filem dan juga albumnya yang terbaru.

Sebelum itu, mari kita layan lagu ‘Flower Road’ dahulu.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *