Graduan Politeknik paling ‘laku’ di dalam negara

Politeknik sering kali menjadi tanggapan negatif sesetengah pihak sebagai institusi pengajian kelas kedua. Namun, masih ramai masyarakat tidak menyedari bahawa graduan politeknik Malaysia juga mempunyai kebolehpasaran dalam alam pekerjaan.

Graduan politeknik Malaysia mencapai 94.5 peratus kebolehpasaran dalam negara manakala graduan universiti di Malaysia pula mencapai 79.1 peratus pada tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kebolehpasaran yang dicapai politeknik juga daripada langkah yang diambil kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata, dalam menjadikan graduan sebagai kebolehpasaran dalam alam pekerjaan kebanyakkan majikan tidak hanya menilai dari aspek akademik semata-mata sebaliknya juga melihat pada kemahiran lain seperti berkomunikasi dan sebagainya.

“Pencapaian ini adalah susulan daripada langkah-langkah yang diambil Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Ini termasuk sistem penilaian iCGPA (Pentaksiran Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu) dimana prestasi pelajar bukan hanya dinilai dari aspek akademik tetapi juga kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan nilai keusahawanan,” kata Idris.

Idris berkata, dengan ini graduan yang dihasilkan oleh politeknik mempunyai kemahiran menyeluruh mengenai pekerjaan sebenarnya dan menepati kehendak industri. –utaranews

2 thoughts on “Graduan Politeknik paling ‘laku’ di dalam negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *