Guan Eng beli banglo pada tahun 2015 dengan harga tahun 2013

Georgetown – Agak mengejutkan apabila Mahkamah diberitahu bahawa Ketua Menteri P.Pinang menetapkan harga beli untuk sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn dengan kadar yang dipersetujui pada tahun 2013.

Menurut pengakuan saksi ke-12 pihak pendakwaan, Lim Wern Shern yang merupakan bekas pengurus jualan Citibank, ketua menteri itu kali pertama membuat permohonan pinjaman RM2.1 juta pada 2013 untuk membiayai pembelian banglo itu.

Guan Eng bagaimanapun tidak meneruskan permohonan berkenaan dan mendiamkan diri selama 2 tahun. Bagaimanapun, isteri Guan Eng iaitu Betty Chew kemudiannya menghubungi beliau untuk meneruskan pinjaman mengikut kadar lama pada tahun 2015.

“Pada 5 Jun, 2015 Chew menghubungi kami sekali lagi untuk meneruskan pinjaman berkenaan. Saya bertemunya di pejabatnya dan memaklumkan perlu membuat permohonan baharu,” katanya.

Pengurus bank tersebut berkata Guan Eng kemudiannya menandatangani permohonan pinjaman kedua untuk nilai yang sama – RM2.1 juta, iaitu 75% daripada nilai banglo.

Yang menjadi persoalan ialah, apakah harga hartanah tidak meningkat dan kekal sama selepas tempoh 2 tahun? Tambahan pula, hartanah di kawasan P.Pinang sangat tinggi nilainya dan agak mustahil untuk Guan Eng membeli sebuah banglo pada tahun 2015 dengan harga yang dipersetujui pada tahun 2013.

Pihak pendakwa berkata hartanah itu dinilai berharga RM4.27 juta pada masa itu dan akan membentangkan bukti bahawa Guan Eng membelinya dalam pengetahuan ia di bawah nilai pasaran dan Phang ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai ketua menteri.

Guan Eng kini sedang didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kelebihan untuknya dan isteri dengan membeli banglo itu pada harga di bawah nilai pasaran.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *