Ifa Raziah Luah Rasa Geram Dituduh Sedut Lemak Untuk Cantik

Citarasa manusia ini kadang-kadang pelik-pelik juga, kalau dulu orang gemuk, tidak cantik sahaja yang sering menjadi bahan kutukan tapi kini tak lagi, orang kurus, cantik pun juga turut sama akan menjadi mangsa kutukan.

Macam yang dilalui oleh penyanyi, Ifa Raziah, tidak dinafikan bukan bentuk badan Ifa sahaja yang berubah menjadi kurus tetapi wajah Ifa juga turut kelihatan semakin runcing dan cantik sehinggakan ada yang menyamakan wajah Ifa sekarang persis seperti ‘Sailormoon’ atau anak patung ‘Barbie’.

Tapi, kebanyakannya lebih kepada mengkritik perubahan Ifa itu dengan mendakwa perubahan itu adalah disebabkan oleh pembedahan plastik dan juga keadeh menyedut lemak. Waduh, bukan ke Ifa dah jelaskan yang itu adalah disebabkan oleh hatinya yang ikhlas dan jujur serta beberapa diet yang diamalkannya.

Mungkin disebabkan berang dengan tuduhan netizen, Ifa dilihat meluahkan rasa geramnya dengan menyelar netizen yang sering berasa tidak berpuas hati dengan kebahagiaan dan kejayaan orang lain di akaun Instagram-nya.

Biasalah itu, manusia zaman sekarang ini memang nampak kesalahan orang lain saja, lepas itu rasakan diri mereka sempurna. Tabah sahajalah Ifa hadapi semua itu, nanti bila orang dah bosan confirm tak ada dah cakap-cakap seperti itu.

Yang penting, Ifa tak buat pembedahan plastik ataupun kaedah sedut lemak seperti yang netizen katakan itu. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *