Ifa Raziah Terima Kecaman Selepas Wajah Berubah Jadi Cantik

Meskipun telah memasuki usia 40-an tetapi wajah serta penampilan Ifa Raziah tetap kelihatan muda persis anak dara sehinggakan dia kini menjadi mana sahaja Ifa pergi pasti akan mencuri perhatian netizen.

Seperti baru-baru ini, sewaktu memuat naik gambarnya bersama Shila Rusly, Ifa tetap menjadi perhatian netizen dimana ramai netizen menyamakan wajah Ifa yang semakin cantik itu seperti anak patung Barbie atau watak animasi Jepun, Sailormoon. Wow, cantik betul tu?

Tapi, memang betul pun wajah Ifa kini sudah semakin cantik kalah anak dara. Namun begitu, terdapat juga kata-kata kurang enak timbul mengatakan yang kecantikan Ifa itu sebenarnya tidak asli tetapi adalah hasil pembedahan. Betul ke? Berdosa tau fitnah.

Malah, bukan itu sahaja, tetapi terdapat juga segelintir netizen mengkritik gaya pakaian Ifa yang tidak setanding dengan usianya. Eh, sudah nama pun artis pastilah penampilan kena sentiasa cantik dan bergaya. Kang pakai buruk, kena kecam pulak.

Namun, itu hanyalah kata-kata netizen sahaja, mungkin hasil diet telur yang diamalkan Ifa itu telah mengubah rupanya menjadi agak berbeza berbanding sebelum ini. Bila kurus, bentuk muka juga pasti akan berubah juga kan?

Rasa teringin pula hendak mencuba diet makan 10 biji telur rebus Ifa ini, mana tahu kalau tak boleh jadi Sailormoon dapat jadi dapat jadi kawan-kawan dia yang lain pun jadilah. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *