Impian Nicolas Cage Ingin Menjadi ‘Superman’ Akhirnya Tercapai?

Sebelum ini, berita mengejutkan yang mengatakan watak superhero kesayangan ramai iaitu Superman dalam filem ‘Superman Lives’ di bawah arahan Tim Burtan pada tahun 1998 lalu itu sepatutnya dilakonkan oleh Nicolas Cage telah tersebar secara meluas.

Malah, video yang menunjukkan Nicolas mencuba sut superhero itu juga turut telah dimuat naik di YouTube. Lebih menyedihkan lagi adalah atas sebab-sebab tertentu, proses penggambaran filem itu terpaksa dihentikan dan sekaligus menguburkan impian pelakon ‘Ghost Rider’ itu untuk menjadi ‘superhero’.

Namun, kini, penantian selama 20 tahun Nicolas itu bakal berakhir dan impiannya untuk menjadi ‘Superman’ akan  tercapai apabila dia di beri peluang untuk menyumbangkan suaranya menjadi watak Superman dalam filem animasi “Teen Titans: Go! The Movie”.

Menurut laporan,  oleh kerana pemilihan selebriti yang akan melakonkan sesuatu karakter itu merupakan perkara yang sangat penting kepada penonton, jadi pihak penerbit perlu memilih dengan teliti dan akhirnya mereka memilih untuk mengunakan suara Nicolas sebagai Superman.

Selain Nicolas, pelakon lain yang turut akan menyumbangkan suara mereka dalam filem itu adalah Halsey (Wonder Woman), Lil Yatchy (Green Lanthern) dan filem terbitan Sam Register itu akan ditayangkan pada 27 Julai nanti. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *