Isteri berperangai boros akan menambahkan rezeki suami?

Melalui alam perkahwinan bagi setiap pasangan pasti tidak akan dapat lari untuk melalui masalah berkaitan kewangan. Untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam sesebuah keluarga memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak.

Setiap suami pasti gembira jika mempunyai isteri yang pandai berjimat dalam menguruskan kewangan keluarga. Tetapi, bagaimana pula jika mendapat isteri yang berperangai boros, adakah rezeki akan menjadi makin sempit?

Seorang suami dikatakan akan mempunyai rezeki sempit jika terlalu berkira membeli keperluan atau wang belanja kepada isteri. Walaupun bekerja siang dan malam, rezeki yang diperolehi masih dirasakan tidak mencukupi.

Sebaliknya, jika isteri rasa bahagia dengan apa yang disediakan suami, disitulah rezeki suami akan datang melimpah ruah.

Sebenarnya suami janganlah terlalu berkira atau kedekut dengan isteri sendiri jika inginkan rezeki yang melimpah ruah. Bagaimanapun, sebagai seorang isteri janganlah terlalu boros dengan membelanjakan wang yang diberikan suami untuk membeli barang yang tidak penting.

Sebagai isteri terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menambah rezeki suami antaranya adalah taat pada perintah Allah SWT dan Rasul. Dengan kehadiran pasangan yang beramal akan membuatkan keadaan rumah menjadi semakin berseri dan melimpahkan keberkatan.

Selain itu, menjadi isteri yang taat pada suami juga mampu untuk membuatkan rezeki suami melimpah ruah. Setiap isteri adalah wajib mematuhi segala arahan suami selagi tidak bertentangan dengan agama.

Apapun, rezeki itu bukan hanya terletak pada wang ringgit. Tetapi, mempunyai anak-anak ramai, kesihatan tubuh badan, mempunyai tempat tinggi dan sebagainya juga adalah salah satu rezeki yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *