Isu Putus Tunang, Elfira Loy Luah Rasa Putus Asa

Meskipun sebelum ini, ibu bapa pelakon Elfira Loy pernah mengatakan yang mereka ingin mengunci mulut berhubung isu terputusnya ikatan pertunangan diantara anaknya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi tetapi kini sebaliknya pula yang terjadi.

Dimana, ibu Elfira tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap desas-desus yang mengatakan wang hantaran adalah punca pertunangan anaknya dengan Sufian putus dan kemudian diikuti pula dengan luahan bapa Elfira mengatakan dia sudah berasa tawar hati sejak dari majlis pertunangan lagi.

Malah, ibu Elfira juga turut mengungkit mengenai sejarah silam Sufian yang pernah meninggalkan wanita lain demi anaknya. Itu membuatkan ibu Elfira turut menerima tempias kritikan netizen yang menganggap ibu Elfira masih belum ‘move-on’ dari isu itu.

Namun begitu, Elfira tetap memilih untuk berdiam diri dari mengulas mengenai isu itu dan sebaliknya dilihat memuat naik satu status luahan hati di Instagram mengatakan yang dia telah berputus untuk mengawal atau membuat sesuatu menjadi betul.  Oleh itu, dia menyerahkan semua itu kepada Allah SWT.

Namun, tidak pasti luahan itu ditujukan kepada keluarganya atau netizen tapi yang jelasnya Elfira seperti sudah putus asa melayan spekulasi yang timbul sejak berita putus tunangnya diumumkan. Akan tetapi, pihak Sufian juga turut masih berdiam diri berhubung isu itu.

Rasanya lebih baik pihak Sufian terus berdiam diri kerana jika kedua pihak terus menerus meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial perkara seperti ini tidak akan berakhir tapi sebaliknya membuka pekung di dada masing-masing sahaja. Tidak kira apa alasan sebenarnya, kita anggap sahaja kedua mereka itu tidak berjodoh. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *