Jaden Smith Tak Peduli Dikecam Pakai Skirt Wanita

Dalam ramai-ramai anak selebriti Hollywood yang terkenal, anak lelaki kepada Jaden Smith dan Jada Pinkett iaitu Will Smith adalah yang paling menarik perhatian ramai, bukan hanya kerana bakatnya sahaja tetapi juga disebabkan oleh cita rasanya dalam fesyen.

Jika anda mengikuti Jaden pasti anda akan ketahui yang gaya pemakaian atau selera fesyen Jaden memang tersangatlah unik dan berbeza berbading lelaki yang seusia dengannya, sehinggakan disebabkan oleh seleranya yang aneh itu, Jaden sering dilihat memakai skirt atau dress seperti perempuan.

Sedar dirinya sering menjadi topik perbincangan, Jaden akhirnya tampil menjelaskan isu itu di Twitter-nya dengan mengatakan yang jika dia ingin memakai skirt, dia akan memakainya. Selepas itu dia akan membuat gerakan fesyen baru.

Jangan salah anggap itu bukan kerana Jaden adalah ‘kunyit’ atau apa sahaja gelarannya tetapi itu hanyalah cara Jaden untuk menekspresikan sokonganya kepada ‘gender equality’. Malah, disebabkan itu juga, Jaden telah membuka perniagaan pakaian yang unisex iaitu bersesuaian untuk lelaki dan juga perempuan.

Bagus juga perkara itu kan? Tapi, kalau di Malaysia lelaki pakai skirt, kak Lala rasa pasti akan kena kecam teruk, lagi pula, dalam Islam lelaki tidak boleh berpakaian seperti wanita dan wanita juga tidak boleh berpakaian seperti lelaki. Mungkin boleh gunakan cara lain untuk tunjukkan sokongan pada ‘gender equality’ itu. –kaklala/utaranews.com

One thought on “Jaden Smith Tak Peduli Dikecam Pakai Skirt Wanita

  • 31/03/2018 at 2:11 am
    Permalink

    Bgus eh ank will smith ni buat masa skrang .
    Dia pon bleh tahan gak gorgeous

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *