Jangan mudah percaya gambar penemuan MH370 di Google Earth

PASUKAN Respons MH370 berkata laporan penemuan pesawat MH370 bertajuk “MH370 found on Google Earth” yang tersebar luas baru-baru ini adalah tidak berasas.

Ketuanya Azharuddin Abdul Rahman menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pihaknya atau pun laman sesawang MH370 mereka untuk pengesahan, laporan serta berita berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Pasukan itu, katanya, sentiasa dibimbing oleh pandangan, pendapat dan pengesahan daripada kumpulan pakar di Australia.

“Oleh itu, Pasukan Respons MH370 ingin menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak berasas,” katanya Azharuddin, yang juga pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami berpendapat laporan seperti itu tidak beretika dan perasaan keluarga serta orang tersayang dalam penerbangan MH370 itu perlu dihormati,” katanya.

Sebuah portal berita antarabangsa melaporkan jurutera mekanikal, Peter McMahon, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam siasatan insiden nahas penerbangan, mendakwa kawasan pencarian MH370 terletak kira-kira 16 kilometer selatan Round Island, berhampiran sebuah pulau kecil utara Mauritius.

Beliau mendakwa penelitian berdasarkan imej NASA dan Google Earth itu dilakukan sejak pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, tinjauan terhadap laporan asal di portal itu iaitu www.news.com.au didapati telah dipadam.

Setakat ini, usaha untuk mengesan bangkai pesawat itu belum berhasil.

Pada ulang tahun ke-4 kehilangan MH370 itu, perdana menteri Najib Razak mengulangi kenyataan komitmen Malaysia dalam mencari pesawat hilang itu. – Bernama

One thought on “Jangan mudah percaya gambar penemuan MH370 di Google Earth

  • 20/03/2018 at 12:48 am
    Permalink

    Mari kita ramai2x luku dahi jendul makhluk benak susu yg mmandai buat statement tungau kat google tu .
    Apa la kau . X prihatin lgsung prasaan waris mangsa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *