Kahwin Bertahun Bukan Alasan Isteri Untuk Abaikan Penampilan Diri

Ramai wanita apabila sudah berumah tangga lebih-lebih lagi yang telah melahirkan anak pasti penampilan diri mereka kelihatan tidak terurus. Ada juga yang wajah masih cantik tetapi potongan badannya pula berubah menjadi lebih berisi.

Tapi rasanya belum terlambat lagi kalau nak ubah penampilan diri tu. Zaman sekarang ni terdapat pelbagai cara dan produk boleh didapati untuk kelihatan cantik. Cuma untuk permulaan ni kena la keluarkan belanja yang lebih sedikit.

Jom ketahui serba sedikit tips untuk kelihatan cantik berseri di hadapan suami.

1. Kita bermula dengan penjagaan rambut dulu, jika anda seorang wanita yang berkerjaya atau mempunyai anak ramai dan tiada masa untuk menguruskan rambut, apa kata cuba potongan rambut pendek yang bersesuaian dengan bentuk muka. Pasti nampak lebih comel dan menarik kan. Malah lebih mudah untuk diuruskan.

2. Pastikan juga anda kerap membasuh rambut dan mengenakan perapi rambut yang wangi. Kerana kebanyakan suami atau lelaki diluar sana sangat suka bau rambut wanita yang wangi tau.

3. Jika rambut sudah mula beruban, jangan biarkan. Gunakan pewarna rambut atau inai untuk tutup semula uban-uban yang sedang bermaharajalela atas kepala anda tu. Dengan ini pasti anda akan kelihatan lebih muda dan suami pasti akan rasa lebih teruja.

4. Untuk mendapatkan wajah yang berseri pula, anda haruslah amalkan pemakaian krim malam atau moisturiser yang bersesuaian sebelum tidur. Baru lah kulit wajah anda akan kelihatan segar keesokan harinya.

5. Jangan sesekali biarkan suami tatap kulit wajah yang tak sekata dan kusam anda tu. Sapukan BB Krim diseluruh muka, ia akan bertindak sebagai bedak asas yang akan melembapkan, mencerahkan dan juga melindungi kulit dari sinaran matahari. Ia sangat bagus untuk kegunaan harian.

6. Tak perlu make up tebal-tebal untuk tawan hati suami, cukup sekadar kenakan lima asas solekan ringkas iaitu bedak, maskara, eyeliner, blusher dan juga lip gloss. Walaupun suri rumah anda juga boleh gunakan kaedah ini untuk kelihatan cantik dihadapan suami.

7. Jangan abaikan bibir hitam, kusam dan kering. Anda boleh gunakan skrub bibir, vaseline, lip balm dan pelbagai lagi untuk mendapatkan semula bibir yang lembut dan kemerahan seperti zaman remaja dulu.

8. Amalkan pemakaian losen pada seluruh badan sebelum tidur. Bukan sahaja wangi kulit anda juga akan menjadi lembut dan licin. Jangan tak percaya, cara ini juga boleh memberikan kesan sensual kepada suami ketika berbaring disebelah anda.

9. Selain wajah, skrub badan juga penting untuk tanggalkan kulit mati terutamanya pada bahagian leher, ketiak dan celahan-celahan lain. Nampak remeh tetapi ianya sangat perlu diberi perhatian kerana ia adalah pusat perhatian suami.

10. Jangan biarkan nafas anda berbau. Tak kiralah selepas atau sebelum tidur. Rajin-rajin kan diri menggosok gigi atau berkumur dengan mouth wash. Nafas yang berbau akan merosakkan segalanya tau.

Selain daripada kesemua sepuluh tips diatas, diet dan melakukan senaman ringan setiap hari juga penting untuk mengekalkan penampilan diri. Tak lah suami nampak anda selalu kelihatan lesu dan tak bermaya je kan. Selain tu senaman juga dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal.

Selamat mencuba! -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *