Kerajaan Malaysia satu-satunya didunia beri rawatan percuma untuk ubat Sofosbuvir

Hepatitis C penyakit hati disebabkan oleh virus hepatitis C yang boleh menyebabkan penyakit kronik sehingga membawa maut. Tetapi, penyakit ini juga ada yang berjangkit mengakibatkan kesakitan jangka pendek sekitar seminggu atau sakit berpanjangan seumur hidup.

Malah, jangkitan kronik virus Hepatitis B dikatakan 100 kali lebih bahaya berbanding HIV dan perlu diberikan perhatian serius. Hepatitis B adalah penyakit berjangkit melalui darah atau hubungan kelamin.

Namun, dengan teknologi terkini terdapat rawatan yang berkesan bagi mengawal dan merawat virus itu.

Tetapi, rawatan untuk menyembuhkan penyakit Hepatitis C memerlukan ubat Sofosbuvir. Kos penyembuhan untuk seorang pesakit Hepatitis C untuk rawatan ubat Sofosbuvir selama 12 minggu adalah mencecah kos RM 300,000.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan nasib rakyatnya telah memberikan rawatan percuma untuk ubat Sofosbuvir bermula tahun ini.

Menerusi akaun Twitter, beliau telah mengumumkan perkara itu. Difahamkan ubat itu sudah mula diedarkan ke 18 buah hospital pakar di seluruh negara.

“Daripada kos asal rawatan yang mencecah RM300,000, hari ini rawatan untuk Hepatitis C diberikan percuma kepada rakyat Malaysia di Hospital kerajaan! Semoga dapat meringankan beban kepada para pesakit, dan bantu mereka pulih seperti sediakala, Insya-Allah,” tulisnya.

Selain itu, ini telah menjadikan Malaysia satu-satunya kerajaan di dunia yang memberi rawatan percuma ubat Sofosbuvir kepada rakyatnya.

Sebelum ini, dianggarkan terdapat sebanyak 450,000 orang yang hidup dengan Hepatitis C di Malaysia, namun sebahagian besar daripada mereka tidak mendapat akses kepada rawatan yang berkesan kerana harganya yang sangat tinggi. –utaranews

One thought on “Kerajaan Malaysia satu-satunya didunia beri rawatan percuma untuk ubat Sofosbuvir

  • 25/03/2018 at 1:40 am
    Permalink

    B’syukur dpt pmimpin b’timbg rsa mcm DS Najib ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *