Kerajaan sasar buka sehingga 3,000 permis KR1M 2.0

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M 2.0) telah dilancarkan pada 4 Februari llalu. KR1M 2.0 adalah skim baru yang telah diperbaharui dan ditambahbaikan terhadap skim lama yang telah ditamatkan pada September 2017.

KR1M 2.0 melalui KPDNKK memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan beri peluang lebih ramai peniaga runcit menyertai KR1M 2.0.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerjasama strategik yang diwujudkan antara pengilang, pengeluar dan pengedar dalam menjenamakan semula KR1M 2.0 dapat meningkatkan kuasa beli rakyat.

Katanya, kerajaan turut menyasarkan untuk membuka lebih 3,000 premis KR1M 2.0 seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan menyasarkan untuk membuka sehingga 3,000 premis yang turut melibatkan peniaga-peniaga runcit, sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi bermula dari akar umbi kerana peniaga kecil juga boleh mendapatkan manfaat daripada kerjasama strategik ini,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerjasama dengan pelbagai pihak untuk membuka lebih banyak premis KR1M 2.0 juga adalah sebagai langkah agar rakyat lebih mendapatkan mendapatkan barangan pada harga yang murah berbanding pasaran di kawasan berhampiran mereka kelak.

Sebanyak 50 barangan keperluan harian pelbagai jenama dijual lebih murah di rangkaian pasar raya seluruh negara yang menjadi rakan kongsi kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

“Jika sebelum ini produk dijenamakan bawah nama KR1M, model baru KR1M 2.0 ini membolehkan rakyat membeli barangan berjenama seperti di pasaran pada harga lebih rendah, meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *