Kes Perbicaraan Guan Eng – Penyokong kurang bukti rakyat P.Pinang tak suka rasuah

Terdapat kira-kira 100 penyokong Ketua Menteri P.Pinang serta ahli perniagaan Phang Li Koon berkumpul di luar pintu pagar utama Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, seawal jam 8 pagi hari ini bagi menunjukkan solidariti mereka kepada pemimpin DAP tersebut.

Kehadiran penyokong yang agak mengecewakan itu membuktikan rakyat P.Pinang tidak menyokong perbuatan rasuah dan juga tidak senang dengan salah laku yang ditunjukkkan oleh Ketua Menteri berkenaan.

Perbicaraan selama 23 hari itu bermula pada hari ini dan dijadual sehingga 25 Mei depan. Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Masri Mohd. Daud masuk ke kamar perbicaraan kira-kira 8.40 pagi.

Pasukan pembelaan Lim Guan Eng yang diketuai Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) bersama-sama R.S.N. Rayer (Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima) hadir bersama, Datuk V. Sithambaram dan Rueben Kumar iaitu peguam bela kepada ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail memulakan perbicaraan pada 9.18 pagi.

Datuk Masri memberitahu, pada hari ini pihaknya akan mengemukakan saksi, serta memohon kedua-dua tertuduh dibicarakan secara bersama, bukan berasingan seperti sebelum ini.

Seperti permohonan terdahulu, Masri pada pagi ini turut memohon pindaan pada kertas pertuduhan terhadap Guan Eng.

Menurut Masri, pihak pendakwaan memohon kalimah “pegawai badan awam” dipinda dengan perkataan “penjawat awam”.

Selain itu, tarikh asal pembelian rumah pada 14 Julai 2014 pada kertas pertuduhan asal turut dipinda pada 21 Oktober 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *