Kes Rasuah Guan Eng – Sokongan hambar buat Ketua Menteri DAP

Hari kedua perbicaraan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng menyaksikan kehadiran penyokong yang hambar di kawasan persekitaran Mahkamah Tinggi P.Pinang.

Jika semalam terdapat 100 orang penyokong yang membawa sepanduk menyokong Ketua Menteri berkenaan, tetapi hari ini jumlahnya hanya tinggal tak sampai separuh.

Walaupun terdapat seruan yang disebarkan melalui media sosial agar penyokong DAP bersolidariti di perkarangan Mahkamah Tinggi setiap hari, namun keadaan semasa menunjukkan sebaliknya.

Mungkin penyokong DAP di Pulau Pinang berasa malu jika mereka hadir menyokong seorang pemimpin yang terpalit dengan pendakwaan rasuah. Atau mungkin juga penyokong Ketua Menteri berkenaan sudah muak dengan pelbagai lakonan politik yang tidak berkesudahan.

Suasana hambar ini sekaligus menunjukkan bahawa sokongan terhadap DAP di P.Pinang amatlah kritikal menjelang pilihanraya umum yang hanya tak berapa lama lagi.

Jika ketiadaan sokongan sebegini diambil kira, ia membuktikan bahawa Lim Guan Eng sudah semakin hilang pengaruh akibat dari banyak skandal yang berlaku semenjak beliau memegang kuasa di P.Pinang.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail mengadakan perbicaraan di Kamar 2 Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang bermula jam 9.30 pagi tadi.

Difahamkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Masri Mohd Daud yang mengetuai pasukan pendakwaan akan memanggil 14 lagi saksi untuk sesi perbicaraan.

Guan Eng diwakili oleh Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) serta R.S.N. Rayer (Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima), sementara Datuk V. Sithambaram dan Rueben Kumar pula mewakili seorang lagi tertuduh iaitu ahli perniagaan Pang Li Koon.

Guan Eng telah didakwa menerima suapan dalam pembelian sebuah rumah di bawah harga pasaran daripada Li Koon, dengan tukar ganti sebidang tanah di Pulau Pinang. – Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *