Lebih baik lambat kahwin dari tersalah pilih pasangan

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah, mendirikan rumahtangga ini melibatkan banyak perkara seperti kerjasama, tanggungjawab dan sebagainya.

Wanita kini sering dimomokkan supaya berkahwin cepat untuk mengelakkan diri dari menjadi anak dara tua. Tetapi, adakah berkahwin cepat itu akan menjadi rumahtangga yang dibina itu kekal bahagia tanpa sebarang masalah?

Sebenarnya adalah lebih baik berkahwin lambat dari tersalah pilih pasangan. Prof Muhaya berkata, “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami”.

Perkahwinan itu akan membuatkan hidup seorang wanita itu berubah sepenuhnya mengikut acuan suami. Kajian dilakukan Love and Relationship Coach menunjukkan terdapat sebilangan orang yang tidak berkahwin pada usia 30 tahun ke atas.

Mereka memilih untuk berkahwin lambat daripada berkahwin cepat tetapi gagal dalam perkahwinan sehingga bercerai. Jika sudah berkahwin baru menyedari satu kesilapan dalam perkahwinan pastinya harga yang sangat mahal untuk dibayar akan kesilapan itu.

Kaunselor dari Love and Relationship Coach berkata, kebanyakkan wanita yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal kerana tekanan usia, keluarga dan komuniti atau sebab kesihatan organ-organ pembiakan pada usia 30 dan ke atas.

Walau apapun, sebenarnya tak salah untuk kahwin cepat atau lambat tetapi berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul-betul boleh dijadikan pasangan sehidup semati. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *