Lelaki akan lebih bahagia jika kahwin dengan wanita gemuk

Ada orang lelaki bila masuk perihal kahwin sebab berkenan dengan perempuan cantik. Ada juga lelaki yang tidak memilih rupa paras seseorang wanita dan lebih mementingkan hati budi seseorang. Cinta itu buta, ye tak?

Namun, siapa sangka wanita gemuk boleh memberi pasangan mereka berkali ganda kebahagiaan berbanding wanita yang kurus.

Ini adalah berdasarkan satu kajian oleh sekumpulan saintis yang merungkai perkara ini.

Kajian oleh Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Maroles dari Jabatan Psikologi Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM) telah membuktikan bahawa wanita gemuk lebih membahagiakan.

Menurut kajian, lelaki berkahwin dengan wanita gemuk akan tersenyum lebih dan lebih rasional apabila berurusan dengan apa-apa masalah berbanding lelaki yang berkahwin dengan wanita kurus.

“Wanita kurus cenderung menjadi pendiam, tidak peramah dan kurang pandai meluahkan perasaan mereka. Wanita gemuk pula lebih yakin.”

Kajian itu juga menunjukkan bahawa wanita gemuk lebih baik dalam memenuhi keperluan dan keinginan pasangan mereka.

 

-Sumber: Aliff/Yourtango

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *