Lelaki Ini Jadi Punca Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Putus?

Beberapa minggu lepas, peminat selebriti Hollywood telah dikejutkan dengan berita perpisahan dua pasangan sejoli yang menjadi perhatian ramai iaitu Zayn Malik dengan kekasihnya, Gigi Hadid. Meksipun mengatakan perpisahan itu berlaku secara baik, tetapi timbul dakwaan mengatakan perpisahan itu berlaku sebenarnya disebabkan oleh lelaki lain? Whut?

Dan, lelaki itu juga bukan sebarangan lelaki tetapi dia adalah Lewis Hemilton, ala pelumba kereta profesional tuu. Sebelum ini Hamilton dikatakan pernah mempunyai hubungan romantik dengan Gigi tapi itu sebelum dia bercinta dengan Zayn.

Namun, hubungan mesra antara Gigi dan Hamilton masih tetap berterusan walaupun Gigi sedang bercinta dengan Zayn. Oleh itu, menurut sumber, punca perpisahan Zayn dan juga Gigi mungkin berpunca daripada Hamilton kerana Zayn sebenarnya tidak suka keakraban Gigi dengan Hamilton.

Malah, disebabkan Hamilton sedang menjadi duta kepada pakaian lelaki rekaan Tommy Hilfiger, manakala Gigi pula sedang bekerja dengan pereka itu, jadi, secara tidak langsung kedua mereka akan sering bertemu dan itu mungkin menjadi punca berputiknya cinta mereka.

Akan tetapi itu hanyalah kata-kata daripada sumber itu sahaja, kerana selepas berita perpisahannya dengan Zayn diketahui ramai, Gigi dilihat lebih selepas merendahkan dirinya berbanding Zayn yang dilihat sering memuat naik gambar di Instagram.

Namun, sumber mengatakan yang walaupun kelihatan aktif tetapi dalaman Zayn sebenarnya sangat terluka kerana perpisahan itu adalah sesuatu yang sukar buatnya dan dia juga sedang berperang melawan perasan ingin kembali semula bersama Gigi. Sabar ye Zayn, kak Lala Hadid ada disini. –kaklala/utaranews.com

One thought on “Lelaki Ini Jadi Punca Hubungan Zayn Malik Dan Gigi Hadid Putus?

  • 30/03/2018 at 5:16 pm
    Permalink

    Susah2x sgt , sruh je la gigi hadid tu plih donald trump jd pakwe dia .
    Huhukk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *