Mandi Air Berais Juga Mampu Membakar Lemak?

Siapa disini yang pertama kali dengar, ais boleh membakar lemak? Rasanya tak ramai orang tahu bahawa ais mampu mencairkan lemak ni. Selalunya kita guna ais untuk surutkan bengkak je kan.

Percaya atau tak, dengan meletakkan beberapa ketulan ais selama 30 minit dibahagian yang bermasalah..,puffff lemak yang degil selama ni akan mencair. Macam tak logik kan.

Maksud dia kat sini, ketulan ais dapat membantu anda untuk membakar lemak. Bukan lah letak-letak je tunggu 30 minit lepastu boleh kurus.Kalau betul boleh jadi macam tu, pupus lah orang gemuk dalam dunia ni.

Satu kajian berikutan isu ini telah pun dijalankan dan mendapati bahawa ais atau apa sahaja bahan yang sejuk boleh mengubah lemak tepu menjadi lemak tak tepu iaitu lemak-lemak yang senang untuk dibakar.

Dalam erti kata lain, lemak tepu yang berada di kawasan bahagian perut dan pinggul tu jika diletakkan ais disitu ia akan bertukar menjadi lemak-lemak yang ringan. Jadi dengan cara ini proses untuk anda membakar lemak (senaman) akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Kajian tersebut juga menyatakan bahawa kaedah mandi ais adalah sejenis terapi yang sangat baik untuk mendapatkan aura positif dalam diri. Bukan itu sahaja, selain dapat menguruskan badan dengan kaedah ini juga akan menguatkan lagi tulang dan sistem imunisasi dalam badan manusia.

Tak sangka kan rupanya ais boleh mempercepatkan lagi proses pembuangan lemak dalam badan. Sempat lagi ni kalau cuba sekarang, mana tahu boleh kurus sebelum raya. Selamat mencuba ye. – utaranews.com

One thought on “Mandi Air Berais Juga Mampu Membakar Lemak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *