Nasihat Datuk Fazley Kepada Pelajar SPM

Seperti yang kita semua ketahui keputusan peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia atau SPM telah diumumkan semalam dan disebabkan itu juga, bukan sekadar ucapan tahniah sahaja yang membanjiri media sosial tetapi ia juga turut dipenuhi dengan netizen yang tidak mahu melepaskan peluang berkongsi keputusan SPM mereka.

Itu termasuklah selebriti dan cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob yang  mana Fazley bukan sahaja berkongsi gambar keputusan SPM-nya sahaja tetapi turut memberikan nasihat kepada pelajar yang menghantar ‘direct message’ kepadanya.

Meminta supaya mereka terus berusaha tidak kira seperti mana pun keputusan SPM yang diterima kerana itu bukan pengakhiran untuk mereka tapi sebaliknya permulaan yang perlu digunakan engan bijak demi masa depan mereka.

Malah, Fazley turut berkongsi yang impiannya suatu ketika dahulu adalah menjadi seorang peguam ataupun arkitek tetapi tidak kesampaian kerana dia sering mendapat tawaran yang berbeza. Namun begitu, dia tetap meneruskan perjuangannya sehingga berjaya menjadi graduan universiti di luar negara.

Lebih mengejutkan, dia kini berkecimpung dalam bidang yang dia sendiri tidak pernah jangkakan iaitu kulinari.

Nasihat itu tersangat benar, tidak kira apa sekali pun keputusan SPM yang diperolehi, ia tetap berbalik pada rezeki dan usaha kita sendiri. Apa yang penting sekali adalah jangan pernah putus asa dan terus berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan masa depan. –utaranews.com  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *