Priyanka Chopra Akan Bergandingan Dengan Salman Khan Di Dalam ‘Bharat’

Sempena filem terbaru bertajuk ‘Bharat’, timbul satu khbar angin terbaru di India mengatakan pelakon cantik, Priyanka Chopra akan kembali bergabung semula bersama dengan pelakon lelaki terkenal Bollywood iaitu Salman Khan.

Turut menguatkan lagi andaian itu adalah dengan berita ketibaan Priyanka di India, itu semua menunjukkan yang dia akan melibatkan diri dalam beberapa filem di negara itu. Meskipun begitu, sehingga kini masih tiada lagi sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

Sehingga orang ramai mula beranggapan yang berita gabungan Priyanka dan Salman dalam satu filem itu hanyalah satu khabar angin sahaja. Akan tetapi, menurut sumber, hubungan Priyanka dengan engarah filem ‘Bharat’, Ali Abbas sangat baik selepas membintangi filem ‘Gunday’ (2014).

Jadi, jika benar khabar angin itu, filem ‘Bharat’ akan menjadi platform yang menemukan Priyanka dengan Salman bersama Ali buat kali pertamanya. Tapi ‘Bharat’ bukan filem pertama gabungan Salman dan Priyanka kerana sebelum ini, Priyanka dan Salman pernah bekerja bersama dalam banyak filem.

Antaranya adalah ‘Mujse Shaadi Karogi’ (2004), ‘Salaam-e-Ishq: Tribute to Love’ (2007), dan ‘God Tussi Great Ho’ (2008). Itu semua membuktikan yang jika mereka bergabung semula setelah sekian lama, ia pasti akan memberikan brita yang mengembirakan buat peminat-pemiant mereka.

Sementara itu, ‘Bharat’ adalah sebuah filem yang berlatarbelakangkan India sekitar tahun 1947 hasil adaptasi daripada filem Korea Selatan iaitu ‘Orde to My Father’ (2014). –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *